Thursday, March 18, 2010

UMNO SEMAKIN PARAH

UMNO semakin parah apabila MUSA HITAM pula menurut jejak langkah KU LI menyokong royalty minyak diurus oleh kerajaan negeri. Dari Kelantan turun ke Terenganu isu minyak semakin parah.

Walau pun BN tengah seronok dan berpesta menyerang Anwar Ibrahim, mereka lupa wayang kulit mereka diketahui orang dan orang tahu siapa tok dalangnya. Semua jalan cerita telah diatur dan diolah oleh tok dalang dengan baik sekali.

Orang tahu siapa Zahrain, dulu diParlimen diam macam kura, tetapi sekarang selepas menjadi katak ,ligat macam kera. Kamu ludah kelangit, jatuh kebatang hidung sendiri. Kamu tepuk kedulang ,terpercik kemuka sendiri. Semasa kamu kawin dengan dia semua elok, kentut dia pun wangi. Sekarang setelah bercerai kamu cerita kisah dalam kelambu. Kamu ini menjadi seorang lelaki dayus yang tak layak menjadi lelaki. Kalau kamu nak tahu kisah dalam kelambu nyamuk pun tak tahu, macam mana orang lain boleh tahu, melainkan itu fitnah semata-mata.

Wahai Zahrain ,semua orang tahu kamu ini kera upahan, tetapi kera diupah belacan, sebab itu kamu garu sana sini tempat tak gatal. Kalau kamu berani bercakaplah diluar Parlimen, baru kamu tahu bukit tinggi rendah. Kamu dapat taukeh baru, kamu lawan taukeh lama. Kamu ingat taukeh lama kamu tu teruk sangat ke? Kamu tu setakat ujung kuku dia sahaja. Kamu berani ke berdebat dengan dia diluar dewan.Dalam dewan pun kamu baca kertas yang orang tulis pun terketar-ketar, macam mana kamu nak berdebat dengan dia.

Nampaknya BN semakin parah tetapi PR semakin kuat. PR semakin kuat walau pun Anwar dipenjarakan.

No comments: