Monday, October 5, 2009

PILIHANRAYA KECIL N31 BAGAN PINANG

Buat masa sekarang kempen semakin sengit. Nampaknya PAS terpaksa bergantung kepada DAP untuk melaksanakan kempennya terhadap orang cina dan orang India. Orang India hatinya tergores dengan berbagai isu disamping perpecahan didalam MIC. Bagitu juga orang Cina mengalami perpecahan yang teruk didalam parti MCA. Dalam keadaan yang sedemikian, sudah tentu memberi kelebihan kepada untuk mendapat undi Cina dan India. PAS mungkin sukar untuk mendapat undi melayu kerana faktur suku dan faktur calun tempatan Isa Samad. Mungkin ramai orang yang terhutang budi kepadanya kerana dia adalah mantan MB yang telah memegang jawatan bagitu lama dan telah banyak berjasa kepada rakyat.Dia juga adalah ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang yang tak pernah boleh digugat oleh orang lain walau pun telah digantung dari jawatan Naib Presiden UMNO kerana politik wang.Sekarang dia telah bebas dari pergantungan dan bebas memegang apa-apa jawatan. Kehadirannya sebagai calun memberi harapan baru kepada penyokong-penyokongnya yang berharap ia akan memegang semula tampuk pemerintahan Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar. Kalau dia menang PRK ini dia akan mendapat cahaya baru yang mungkin menenggelamkan orang lain termasuk Ahmad Hasan dan Khairy Jamaludin. Mereka ini mungkin tak suka kalau Isa menang.