Saturday, December 12, 2009

UMNO BUSUK SAMPAI KEUSUS

Itu kata Che Det dalam blognya. Maksudnya UMNO telah rosak dari peringkat atas hingga keakar umbinya. Di peringkat atas orang nampak permainan politik yang kotor itu tetapi diperingkat akar umbi orang tak nampak kerana tak dihebah-hebahkan. Ketua cawangan UMNO bermain kotor untuk mengekalkannya sebagai ketua cawangan, kalau boleh sebagai ketua cawangan seumur hidup. Oleh itu dia kena himpun adik beradik dan anak buah ,dan sentiasa menjaga kebajikan mereka supaya mendapat sokongan yang berpanjangan. Supaya mudah menjaga ia perlu menjaga orang yang sedikit dan orang lain terpaksa diketepikan dengan cara tidak membenarkan menjadi ahli atau dengan cara tak bayar yuran atau tak panggil kemesyuarat agong. Oleh itu ramai cerdik pandai yang tidak merasa menjadi ahli UMNO. Dengan sebab itu juga ahli UMNO tidak bertambah sebagaimana sepatutnya. Anak-anak ahli UMNO yang berhijrah keluar juga tidak mengetahui apa itu UMNO.

APA SALAHNYA NGA KOR MING

Seorang Ahli Parlimen memang layak mempersoalkan peruntukan yang terlalu banyak untuk membina masjid, sedangkan masjid yang sedia ada pun sudah terlalu banyak. Bukankah baik jika wang tersebut disalurkan kepada perkara-perkara lain yang lebih utama dan memerlukan perhatian segera. Umat Islam perlu berdikari untuk membina masjid dan surau dan tak perlu lagi meminta peruntukan kerajaan. Menggunakan wang sendiri dan sumbangan anak kariah adalah lebih afdal dan lebih mendapat berkat dalam mengerjakan amal ibadat.

Friday, December 11, 2009

TUN MAHADZIR MEMBETUL BENANG YANG BASAH

Kata Nadzri BTN racist. Dia nak betulkan BTN supaya selaras dengan slogan 1MALAYSIA yang dibawa oleh bosnya Najib. Nampaknya Mahadzir dan Pak Lah tak tahu mana-mana.

MAS KAWIN NAIK KEPADA RM300

Mas kawin diSelangor naik dari RM80 kepada RM300 menjadi tajuk utama bloger-bloger dan mendapat komen dari berbagai pihak. Ini perkara wajib dalam nikah kawin menurut hukum Islam. Belanja kawin pula cuma menurut adat dan tidak termasuk dalam hukum Islam dikenakan secara berlebihan hitung panjang diantara RM6,000 hingga RM18,000. Ini dikenakan secara paksa seolah-olah menjual anak oleh keluarga penganting perempuan. Inilah punca utama menyebabkan andartu dan antertu. Ini sebenarnya perkara bidah yang tidak terdapat dalam sunnah Nabi. Ia juga merupakan bidah jallallah yang tidak memberi kebaikan kepada ummah.