Thursday, November 13, 2008

RADZI SHEIKH AHMAD DILANTIK PENASIHAT KHAS MB PERLIS

Radzi Sheikh Amad, Ahli Parlimen Kangar dan mantan Setiausaha Agong UMNO telah dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Besar Perlis. Ini tidak menhairankan kerana sebelum ini pun dia adalah penasihat tak resmi kepada Md Isa Sabu yang dia juga yang mengatur supaya dilantik Menteri Besar. Dia telah gunakan kuasanya sebagai Setiausaha Agong UMNO Malaysia memilih calun-calun untuk bertanding dalam PRU12 dengan membelakangkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis. Dia telah berjaya mengumpulkan dan menyembunyikan majoriti ADUN yang menang PRU12 daripada Shahidan Kasim yang mencari merata-rata tetapi tidak berjumpa dan akhirnya gagal menubuhkan kerajaan. DYMM Raja Perlis telah bersetuju menurut kumpulan majoriti ini kerana didalamnya terdapat Tuan Cik iaitu adiknya yang dijanjikan sebagai MB Perlis. Tuan Cik ditakut-takutkan, kerana dia memang penakut, dan akhirnya Radzi Sheikh Ahmad berjaya mencadangkan idolnya Md Isa Sabu menjadi MB Perlis dan sekali lagi membelakang kan Ahmad Bakri Ali ,Ketua Bahagian Kangar. Ahmad Bakri Ali merasakan dirinya tidak berharga dan terus menarik diri dapada Ketua Bahagian Kangar dengan memberi laluan kepada Md Isa Sabu dan merasakan Tuan Cik lebih berharga daripadanya. Tuan Cik merasakan dirinya selesa dan merasakan tak perlu lagi berbuat apa-apa kerana apa yang diidamkan telah tercapai iaitu EXCO Kanan dan dia cuma menunggu bila Shahidan Kasim akan menyerahkan Ketua Bahagian Arau kepadanya.

Sunday, November 9, 2008

PENGARUH, KUASA DAN WANG

Ahli politik berjuang untuk mendapat pengaruh yang lebih besar supaya mendapat jawatan yang lebih besar. Pengaruh ini mesti dibina dari kecil ia itu dengan mengaktifkan diri bermula dari peringkat bawahan dan bawa hinggalah keperingkat atasan. Pengaruh juga melibatkan sokongan dan kepercayaan orang ramai terhadap seseorang. Sokongan mula-mula didapatkan dari kaum keluarga, kawan rakan, kenalan dan akhirnya dari orang ramai. Untuk medapatkan sokongan mestilah ada kebolehan, kesungguhan dan bersih.
Pengaruh juga boleh didapatkan dengan menggunakan kuasa resmi dan juga wang ringgit. Dengan jawatan boleh memaksa orang bawahan mengikut dan menyokong. Dengan wang ringgit juga orang akan mengikut dan menyokongnya.
Pengaruh juga boleh diperolehi secara warisan iaitu daripada datuk, nenek moyang, bap a atau saudara mara. Orang yang mempunyai banyak pengaruh atau karisma akan juga menurunkan banyak pengaruk kepada anaknya dan akan menjadikan anaknya sangat berpengaroh.
Pengaroh juga boleh berpindah dari satu bidang kebidang yang lain.

Sunday, October 19, 2008

APABILA PAK LAH BERSUARA

Apabila Pak Lah bersuara lantang, dengan selantang-lantangnya, walaupun sebelum ini tak pernah selantang itu, maka adakah suara ini akan sampai keakar umbi? Mungkinkah orang-orang kuatnya dulu dan anak menantunya akan mendapat pencalunan yang lebih banyak atau akar umbi tidak memperdulikannya dan mengangap dia seolah-olah sudah tiada.
Sebenarnya perwakilan-perwakilan diperingkat bahagian pun pening kepala memikirkan tentang siapakah yang akan mereka calunkan, kerana ramai pelobi-pelobi atau wakil-wakil calun datang bertubi-tubi memintak sokongan dengan menjanjikan sesuatu atau memberikan sesuatu. Pelobi-pelobi ini terpaksa memberi upah kepada seorang perwakilan untuk bangun mencadangkan nama calun dan seorang lagi untuk menyokong cadangan tersebut. Kemudian pelobi-pelobi ini mesti mengupah perwakilan-perwakilan yang hardcore yang boleh berkempin dan menyokong calun ini dan apabila mereka mengangkat tangan dalam pengundian, orang lain terpengaroh dan turut sama mengangkat tangan. Kerja ini terpaksa dilakukan .emi untuk mendapat pencalunan yang lebih. Calun-calun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak, yang pertamanya membuka pejabat ditiap-tiap negeri supaya operasi dan perhubungan dapat dimudahkan. Keduanya melantik pekerja-pekerja dan pelobi-pelobi dan wakil-wakil ditiap-tiap negeri dan bahagian. Semua ini memerlukan belanja yang banyak, dan hanya orang kaya sahaja yang boleh bertanding.

PERSISIR PANTAI NEGERI PERLIS











Friday, October 17, 2008

BATU LAYANG- PULAU TERBESAR DIPERLIS


TITAH MAJLIS RAJA-RAJA

Titah Majlis Raja-Raja dikeluarkan supaya kontrek sosial yang telah termetri semasa menuntut kemerdekaan jangan diungkit oleh mana-mana pihak kerana ia boleh menjejaskan keharmonian kaum diMalaysia.
Tuntutan oleh Hinheraf (pertubuhan haram yang diharamkan) adalah keterlaluan tetapi tidak dilarang dari menuntut.
DAP pula mahu supaya semua orang diMalaysiakan.
BN pula mahu supaya semua bangsa hidup dengan budaya masing-masing.
PAS mahu hidup cara Islam.

ZAHIDI ZAINAL ABIDIN

Menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tetapi malangnya tiada sambutan,dan patut tidak meneruskan cita-citanya. Bertandinglah jawatan yang mudah tetapi tak dijamin menang seperti ahli MT. Dulu bergantung kepada Pak Lah untuk menjadi MB Perlis, tetapi kini harapan berkecai kerana Pak Lah sedang berundur. Sekarang cuma bergantung kepada Shahidan Kasim. Sekarang Rawi yang dimusuhi oleh Zahidi yang lebih berkuasa diPerlis kerana dia orang kuat Najib.

KERA KETAGIH KENTURKEY

Al kesah maka tersebutlah satu cerita perihal monyet dan kera. Seorang kawan saya melontarkan sekuntum bunga yang cantik dan wangi kepada seekor kera. Maka kera tersebut mengambilnya dan melihat betapa cantiknya dan mencium betapa wanginya. Deria hidungnya terlalu sensitif menyebabkan ia menciumnya berkala-kali dan mencari-cari dimana keluarnya bau wangi itu. Lalu ia terus merobek-robekkan bunga itu, tetapi malangnya ia tidak berjumpa dimana keluarnya bau wangi itu.
Seorang lagi kawan saya melontarkan belacan kepada seekor kera, maka disambut oleh sang kera dengan gembiranya, lalu diciumnya, lalu dikoyak rabakkan belacan itu untuk mencari dimana keluarnya bau busuk. Akhirnya seluruh tubuhnya terpalik dengan belacan dan dia tergenyeh-genyeh disana-sini untuk membuang belacan yang terpalik dibadannya.
Seorang kawan saya yang lain, dia orang kaya berjawatan besar melontarkan kenturkey fried chicken kepada kera, lalu disambutnya, diciumnya, dan terus dimakan dengan rakusnya. Begitulah rotin kawan saya, setiap kali ia datang berjoging diBukit Batu Pahat dan diBukit Lagi, ia akan melontarkan kenturkey fried chicken kepada kera, sehinggalah kera menjadi ketagih.
Sampai sekarang kawan saya sudah tidak pergi lagi kesitu menjadikan kera mengidam kenturkey.

SEMUT DAN GULA

Al kisah maka tersebutlah satu cerita disebuah lembah terdapat longgokan gula yang banyak, maka berlumba-lumbalah semut-semut pergi kelembah yang berkenaan dengan harapan untuk mendapat habuannya. Ini termasuklah semut-semut dari lembah yang lama yang telah kekeringan gula. Maka tinggallah lembah ini gersang, kering kontang, tiada penghuni ,seperti padang jarak padang tekukur. Yang ada cumalah pemilik lembah ini yang asyik mencari asshafie dan alghazali tetapi belum diketahui berjumpanya atau tidak. Kasihan penhuni lembah ini yang pura-pura bergembira, "pergilah kamu semua kelembah sana untuk mendapat habuan kamu kerana disini cuma tinggal sedikit". Maka berkatalah raja semut atau semut yang mempunyai fikiran yang bergeliga,"wahai semut-semut marilah kita semua kelembah yang baru yang ada banyak gula, supaya kita boleh mendapat habuan masing-masing tetapi awas, takut kamu disambar burung

Thursday, October 16, 2008

SHAHIDAN KASIM

Terlajak perahu boleh diundur, tersalah perahu tujuan tak sampai. Lebih malang lagi kalau tak dapat perahu atau tak dapat tiket untuk naik perahu. Itulah dia SHAHIDAN KASIM yang menawarkan diri untuk bertanding Naib Presiden UMNO, yang baru mendapat 3 pencalonan. Dia tak dapat pencalunan dia salahkan orang lain yang kononnya pakai politik kuasa. Apakan daya dia tidak ada kuasa tak boleh lah guna politik kuasa. Dia ada wang tetapi tak boleh guna politik wang sebab salah etika pemilihan. Dia kata politik kuasa pun salah dan perlu disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO. Kena tambahlah satu peraturan lagi yang bertajuk POLITIK KUASA. Sesiapa yang ada kuasa menyalahkan kuasanya demi untuk mendapat pencalunan untuk bertanding merebut apa-apa jawatan didalam persidangan cawangan, perhimpunan bahagian dan Perhimpunan Agong, adalah bersalah dan boleh dikenakan tindakan tata tertib. seperti digantung keahlian atau ditamatkan keahliannya.

RENUNGAN

Allah tidak akan mengubah diri seseorang itu melainkan dia sendiri yang mengubahnya. Kalau kita sendiri tidak berusaha mengubah diri kita maka tidak ada siapa lagi yang akan mengubahnya. Tetapi apakah dia didalam diri kita itu yang perlu kita ubah. Adakah perlu kita mengubah hidung supaya lebih mancung, dagu supaya lebih panjang atau pipi supaya lebih montok. Itu adalah perubahan-perubahan fizikal yang mungkin boleh dilakukan dengan sains dan teknologi masa kini. Perubahan-perubahan yang begitu mungkin akan menjauhkan diri kita dari Allah. Kita boleh juga mengubah tempat tinggal atau berhijrah dari negeri mungkar ke negeri maarof.