Sunday, November 9, 2008

PENGARUH, KUASA DAN WANG

Ahli politik berjuang untuk mendapat pengaruh yang lebih besar supaya mendapat jawatan yang lebih besar. Pengaruh ini mesti dibina dari kecil ia itu dengan mengaktifkan diri bermula dari peringkat bawahan dan bawa hinggalah keperingkat atasan. Pengaruh juga melibatkan sokongan dan kepercayaan orang ramai terhadap seseorang. Sokongan mula-mula didapatkan dari kaum keluarga, kawan rakan, kenalan dan akhirnya dari orang ramai. Untuk medapatkan sokongan mestilah ada kebolehan, kesungguhan dan bersih.
Pengaruh juga boleh didapatkan dengan menggunakan kuasa resmi dan juga wang ringgit. Dengan jawatan boleh memaksa orang bawahan mengikut dan menyokong. Dengan wang ringgit juga orang akan mengikut dan menyokongnya.
Pengaruh juga boleh diperolehi secara warisan iaitu daripada datuk, nenek moyang, bap a atau saudara mara. Orang yang mempunyai banyak pengaruh atau karisma akan juga menurunkan banyak pengaruk kepada anaknya dan akan menjadikan anaknya sangat berpengaroh.
Pengaroh juga boleh berpindah dari satu bidang kebidang yang lain.

1 comment:

WARIS PAHANG said...

PKR dan PAS kini tidak sebulu lagi kerana :

i. Masing-masing berebut untuk tambah ahli baru.

ii. Kurang program bersama antara PKR dan PAS diadakan kini kerana bimbang pihak yang lain lebih popular dan diminati.

iii. Perselisihan faham dan pandangan antara mereka berlaku ditambah lagi dengan karenah DAP.

iv. PAS anggap PKR angkuh kerana mereka bersandarkan kepada DSAI berbanding PAS yang kini menjadi parti pembangkang kelas ketiga.(PKR : Kelas 1, DAP : Kelas 2, PAS : Kelas 3).

v. PKR dan PAS tidak puas hati dengan DAP yang semakin berani menentang arus Pakatan Rakyat.

(Barangkali antara PKR dan PAS ada yang sedang menanti perpecahan salah satu parti politik tersebut untuk mendapat ahli "FREE")

(Selepas kewujudan Pakatan Rakyat, DAP yang lebih banyak untung)

(Jangan import kegawatan masalah yang melanda negeri di kepimpinan Pakatan Rakyat ke Negeri Pahang)