Saturday, December 12, 2009

UMNO BUSUK SAMPAI KEUSUS

Itu kata Che Det dalam blognya. Maksudnya UMNO telah rosak dari peringkat atas hingga keakar umbinya. Di peringkat atas orang nampak permainan politik yang kotor itu tetapi diperingkat akar umbi orang tak nampak kerana tak dihebah-hebahkan. Ketua cawangan UMNO bermain kotor untuk mengekalkannya sebagai ketua cawangan, kalau boleh sebagai ketua cawangan seumur hidup. Oleh itu dia kena himpun adik beradik dan anak buah ,dan sentiasa menjaga kebajikan mereka supaya mendapat sokongan yang berpanjangan. Supaya mudah menjaga ia perlu menjaga orang yang sedikit dan orang lain terpaksa diketepikan dengan cara tidak membenarkan menjadi ahli atau dengan cara tak bayar yuran atau tak panggil kemesyuarat agong. Oleh itu ramai cerdik pandai yang tidak merasa menjadi ahli UMNO. Dengan sebab itu juga ahli UMNO tidak bertambah sebagaimana sepatutnya. Anak-anak ahli UMNO yang berhijrah keluar juga tidak mengetahui apa itu UMNO.

APA SALAHNYA NGA KOR MING

Seorang Ahli Parlimen memang layak mempersoalkan peruntukan yang terlalu banyak untuk membina masjid, sedangkan masjid yang sedia ada pun sudah terlalu banyak. Bukankah baik jika wang tersebut disalurkan kepada perkara-perkara lain yang lebih utama dan memerlukan perhatian segera. Umat Islam perlu berdikari untuk membina masjid dan surau dan tak perlu lagi meminta peruntukan kerajaan. Menggunakan wang sendiri dan sumbangan anak kariah adalah lebih afdal dan lebih mendapat berkat dalam mengerjakan amal ibadat.

Friday, December 11, 2009

TUN MAHADZIR MEMBETUL BENANG YANG BASAH

Kata Nadzri BTN racist. Dia nak betulkan BTN supaya selaras dengan slogan 1MALAYSIA yang dibawa oleh bosnya Najib. Nampaknya Mahadzir dan Pak Lah tak tahu mana-mana.

MAS KAWIN NAIK KEPADA RM300

Mas kawin diSelangor naik dari RM80 kepada RM300 menjadi tajuk utama bloger-bloger dan mendapat komen dari berbagai pihak. Ini perkara wajib dalam nikah kawin menurut hukum Islam. Belanja kawin pula cuma menurut adat dan tidak termasuk dalam hukum Islam dikenakan secara berlebihan hitung panjang diantara RM6,000 hingga RM18,000. Ini dikenakan secara paksa seolah-olah menjual anak oleh keluarga penganting perempuan. Inilah punca utama menyebabkan andartu dan antertu. Ini sebenarnya perkara bidah yang tidak terdapat dalam sunnah Nabi. Ia juga merupakan bidah jallallah yang tidak memberi kebaikan kepada ummah.

Monday, November 30, 2009

APA SALAHNYA WAHABI

Syaikul Islam Muhammad bin Abdul Wahab adalah pengasas wahabi yang lahir pada tahun 1115 H dan meninggal pada tahun 1206 H dan telah mengembangkan fahaman Wahabi di tanah Arab dan keseluruh pelusuk dunia. Perjuangannya telah disambung oleh cucunya Syaikh Sulaiman bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab yang wafat pada tahun 1233 H dan meninggalkan sebuah kitab tauhid yang telah diterjemah ke bahasa Indonesia oleh Drs.Djafar Soedjarwo yang diberi tajuk KETUHANAN YANG MAHA ESA MENURUT ISLAM. Ilmu Tauhid menurut Al-Quran dan Hadiths juga dinamakan Sunnah Wal Jamaah.

APABILA TUAN GURU BERDOA

Apabila Tuan Guru berdoa, maka seluruh anak murid tua dan muda, lelaki dan perempuan, kecil dan besar akan mengaminkannya. Amin amin ya rabbulalamin !!! mudah-mudahan termakbul doa ini.

Doa ini mudah-mudahan akan termakbul kerana:-

1. Doa dari tuan guru yang ramai anak murid mengaminkan.
2. Doa dari orang tua yang alim dan taat kepada Allah.
3. Doa dari orang yang dianiayai.

Amin ! amin ! amin! Ya Rabbulalamin !!!

Monday, October 5, 2009

PILIHANRAYA KECIL N31 BAGAN PINANG

Buat masa sekarang kempen semakin sengit. Nampaknya PAS terpaksa bergantung kepada DAP untuk melaksanakan kempennya terhadap orang cina dan orang India. Orang India hatinya tergores dengan berbagai isu disamping perpecahan didalam MIC. Bagitu juga orang Cina mengalami perpecahan yang teruk didalam parti MCA. Dalam keadaan yang sedemikian, sudah tentu memberi kelebihan kepada untuk mendapat undi Cina dan India. PAS mungkin sukar untuk mendapat undi melayu kerana faktur suku dan faktur calun tempatan Isa Samad. Mungkin ramai orang yang terhutang budi kepadanya kerana dia adalah mantan MB yang telah memegang jawatan bagitu lama dan telah banyak berjasa kepada rakyat.Dia juga adalah ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang yang tak pernah boleh digugat oleh orang lain walau pun telah digantung dari jawatan Naib Presiden UMNO kerana politik wang.Sekarang dia telah bebas dari pergantungan dan bebas memegang apa-apa jawatan. Kehadirannya sebagai calun memberi harapan baru kepada penyokong-penyokongnya yang berharap ia akan memegang semula tampuk pemerintahan Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar. Kalau dia menang PRK ini dia akan mendapat cahaya baru yang mungkin menenggelamkan orang lain termasuk Ahmad Hasan dan Khairy Jamaludin. Mereka ini mungkin tak suka kalau Isa menang.

Friday, September 4, 2009

KISAH KEPALA LEMBU

Datuk Hisham menerima tekanan hebat dari berbagai pihak termasuk parti politik dan NGO kerana tidak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap dalang-dalang dan pelaku-pelaku peristiwa tersebut. Mereka ini telah menyepak, menendang dan memijak kepala lembu tersebut, satu penghinaan terhadap penganut-penganut Agama Hindu.

PILIHANRAYA KECIL BAKAL DIADAKAN DI DUN BAGAN PINANG N. SEMBILAN

Negara akan berhadapan dengan satu lagi pilihanraya kecil berikutan kematian ADUN Bagan Pinang Negeri Sembilan, Azman Mohd Nor.Dia dilapurkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini, di Hospital Seremban Specialist Centre akibat serangan sakit jantung.