Saturday, December 12, 2009

UMNO BUSUK SAMPAI KEUSUS

Itu kata Che Det dalam blognya. Maksudnya UMNO telah rosak dari peringkat atas hingga keakar umbinya. Di peringkat atas orang nampak permainan politik yang kotor itu tetapi diperingkat akar umbi orang tak nampak kerana tak dihebah-hebahkan. Ketua cawangan UMNO bermain kotor untuk mengekalkannya sebagai ketua cawangan, kalau boleh sebagai ketua cawangan seumur hidup. Oleh itu dia kena himpun adik beradik dan anak buah ,dan sentiasa menjaga kebajikan mereka supaya mendapat sokongan yang berpanjangan. Supaya mudah menjaga ia perlu menjaga orang yang sedikit dan orang lain terpaksa diketepikan dengan cara tidak membenarkan menjadi ahli atau dengan cara tak bayar yuran atau tak panggil kemesyuarat agong. Oleh itu ramai cerdik pandai yang tidak merasa menjadi ahli UMNO. Dengan sebab itu juga ahli UMNO tidak bertambah sebagaimana sepatutnya. Anak-anak ahli UMNO yang berhijrah keluar juga tidak mengetahui apa itu UMNO.

No comments: