Thursday, November 13, 2008

RADZI SHEIKH AHMAD DILANTIK PENASIHAT KHAS MB PERLIS

Radzi Sheikh Amad, Ahli Parlimen Kangar dan mantan Setiausaha Agong UMNO telah dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Besar Perlis. Ini tidak menhairankan kerana sebelum ini pun dia adalah penasihat tak resmi kepada Md Isa Sabu yang dia juga yang mengatur supaya dilantik Menteri Besar. Dia telah gunakan kuasanya sebagai Setiausaha Agong UMNO Malaysia memilih calun-calun untuk bertanding dalam PRU12 dengan membelakangkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis. Dia telah berjaya mengumpulkan dan menyembunyikan majoriti ADUN yang menang PRU12 daripada Shahidan Kasim yang mencari merata-rata tetapi tidak berjumpa dan akhirnya gagal menubuhkan kerajaan. DYMM Raja Perlis telah bersetuju menurut kumpulan majoriti ini kerana didalamnya terdapat Tuan Cik iaitu adiknya yang dijanjikan sebagai MB Perlis. Tuan Cik ditakut-takutkan, kerana dia memang penakut, dan akhirnya Radzi Sheikh Ahmad berjaya mencadangkan idolnya Md Isa Sabu menjadi MB Perlis dan sekali lagi membelakang kan Ahmad Bakri Ali ,Ketua Bahagian Kangar. Ahmad Bakri Ali merasakan dirinya tidak berharga dan terus menarik diri dapada Ketua Bahagian Kangar dengan memberi laluan kepada Md Isa Sabu dan merasakan Tuan Cik lebih berharga daripadanya. Tuan Cik merasakan dirinya selesa dan merasakan tak perlu lagi berbuat apa-apa kerana apa yang diidamkan telah tercapai iaitu EXCO Kanan dan dia cuma menunggu bila Shahidan Kasim akan menyerahkan Ketua Bahagian Arau kepadanya.

Sunday, November 9, 2008

PENGARUH, KUASA DAN WANG

Ahli politik berjuang untuk mendapat pengaruh yang lebih besar supaya mendapat jawatan yang lebih besar. Pengaruh ini mesti dibina dari kecil ia itu dengan mengaktifkan diri bermula dari peringkat bawahan dan bawa hinggalah keperingkat atasan. Pengaruh juga melibatkan sokongan dan kepercayaan orang ramai terhadap seseorang. Sokongan mula-mula didapatkan dari kaum keluarga, kawan rakan, kenalan dan akhirnya dari orang ramai. Untuk medapatkan sokongan mestilah ada kebolehan, kesungguhan dan bersih.
Pengaruh juga boleh didapatkan dengan menggunakan kuasa resmi dan juga wang ringgit. Dengan jawatan boleh memaksa orang bawahan mengikut dan menyokong. Dengan wang ringgit juga orang akan mengikut dan menyokongnya.
Pengaruh juga boleh diperolehi secara warisan iaitu daripada datuk, nenek moyang, bap a atau saudara mara. Orang yang mempunyai banyak pengaruh atau karisma akan juga menurunkan banyak pengaruk kepada anaknya dan akan menjadikan anaknya sangat berpengaroh.
Pengaroh juga boleh berpindah dari satu bidang kebidang yang lain.