Monday, November 30, 2009

APA SALAHNYA WAHABI

Syaikul Islam Muhammad bin Abdul Wahab adalah pengasas wahabi yang lahir pada tahun 1115 H dan meninggal pada tahun 1206 H dan telah mengembangkan fahaman Wahabi di tanah Arab dan keseluruh pelusuk dunia. Perjuangannya telah disambung oleh cucunya Syaikh Sulaiman bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab yang wafat pada tahun 1233 H dan meninggalkan sebuah kitab tauhid yang telah diterjemah ke bahasa Indonesia oleh Drs.Djafar Soedjarwo yang diberi tajuk KETUHANAN YANG MAHA ESA MENURUT ISLAM. Ilmu Tauhid menurut Al-Quran dan Hadiths juga dinamakan Sunnah Wal Jamaah.

APABILA TUAN GURU BERDOA

Apabila Tuan Guru berdoa, maka seluruh anak murid tua dan muda, lelaki dan perempuan, kecil dan besar akan mengaminkannya. Amin amin ya rabbulalamin !!! mudah-mudahan termakbul doa ini.

Doa ini mudah-mudahan akan termakbul kerana:-

1. Doa dari tuan guru yang ramai anak murid mengaminkan.
2. Doa dari orang tua yang alim dan taat kepada Allah.
3. Doa dari orang yang dianiayai.

Amin ! amin ! amin! Ya Rabbulalamin !!!