Tuesday, March 16, 2010

MAT ISA SABU VS SHAHIDAN KASIM

Kroni Mat Isa Sabu yang di ketuai oleh Radzi Sheikh Ahmad dan disokong oleh Yazid Mat dan Tuan Chik (Syed Razlan Jamallulail) , tidak gentar dengan usaha Shahidan Kasim untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar pada 17hb Mac ini. Percubaan Shahidan , memburuk -burukkan Mat Isa Sabu dengan mengedarkan borang kajian prestasi Mat Isa Sabu tidak mendapat sambutan. Walau bagaimana pun Shahidan masih lagi menjadi pilihan untuk ibu tunggal dan orang susah mendapatkan bantuan kewangan melalui Yayasan Pok dan Kasim. Nama Shahidan masih lagi meniti dibibir mereka " kalaulah Shahidan jadi MB ,tak susahlah kami" .

Shahidan dalam usaha mengekalkan pengaruh dan kuasa terus menjalankan aktiviti dengan meyalurkan bantuan kewangan dan hamper kepada setiap orang yang hadzir kemajlisnya. Ini menjadikan orang tertanya-tanya dimana Shahidan dapat duit yang banyak.

Dalam politik Bahagian Arau Shahidan masih lagi menguasai secara total, tak siapa pun boleh menggugatnya. Lawyer Amir yang pernah ditolong Radzi Sheikh Ahmad membebaskan dari bangerapsi, yang bercita-cita nak jatuhkan Shahidan, juga telah beli oleh Shahidan, dan sekarang duduk bersama Shahidan. Dr Amar Hasan yang juga bercita-cita nak lawan Shahidan ,mengikut jejak Lawyer Amir duduk bersama-sama Shahidan. Ini menjadikan Shahidan bertambah kuat

Dalam bahagian Arau, Shahidan menjadi Ketua Bahagian yang kuat, adik dia Ismail Kasim ,timbalan Ketua Bahagian dan isterinya bakal menjadi Ketua Wanita Bahagian Arau menggantikan Hajah Mastika yang lemah dan lembap.

No comments: