Monday, February 8, 2010

KEKUATAN UMNO TERLETAK KEPADA PEJUANG KEMERDEKAAN

Kekuatan UMNO dan BN terletak kepada pejuang kemerdekaan, yang berjuang semata-mata untuk menegakkan negara, yang sanggup merugikan wang ringgit , masa dan tenaga, dan tak pernah mementingkan habuan diri sendiri melainkan mereka memikirkan masa depan negara dan anak cucu mereka. Pada masa sekarang pejuang-pejuang kemerdekaan ini banyak yang meninggal dan kalau ada pun telah terlalu tua dan bersara dari memikirkan hal-hal politik. Pejuang-pejuang kemerdekaan ini terlalu sayang kepada UMNO tak kira siapa pemimpinnya. Mereka langsung tidak mahu mendengar nama parti politik yang lain dan kalau semasa pilihanraya poster-poster dari parti lain langsung tidak dibenarkan di tampal dikampungnya. Kalau ada orang dari parti lain datang kepadanya langsung tidak dilayan atau pun terus dimarahi . Pada masa sekarang manalah ada orang seperti itu. Orang sekarang ,kalau diberi upah dia akan pasang apa sahaja poster , dia akan buat apa sahaja asal dapat duit. Inilah puncanya UMNO menjadi lemah dan tidak bermaya.

No comments: